Wednesday 29 June 2011

Laporan Aktiviti Kitar Semula

Pada 30 April 2011 yang lalu, Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar JPP Sesi 2011/2012. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama.

Sebelum gotong-royong dimulakan, sebuah taklimat kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid al-Muallimin. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Warden, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh saudara Fong Jia Jinn selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle, Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama Kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej-kolej kediaman akan kewujudan kelab dan perjalanan aktiviti Kitar Semula ini.

Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang berhadapan dengan sinki di blok KKWA dan di ruang legar blok KKWB dan KKWC. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan guru-guru pelatih meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab dua hari selepas gotong-royong dijalankan.

Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Institusi Warden IPG Kampus Batu Lintang dan guru-guru pelatih yang telah memilih untuk mengitar semula barang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa-masa akan datang.



Monday 27 June 2011

Aktiviti Yang Akan Dilaksanakan

  • Aktiviti Berpanjangan/ Tetap

  • 1. Program Kitar Semula 



  •  Kertas terpakai



  • Besi dan Aluminium



  • Plastik dan Kaca

2. Penjimatan Tenaga Elektrik ( Mengikut tempoh masa dan tarikh tertentu ).






  • Aktiviti Pendek/ Bertarikh
  1. Majlis Perasmian Kelab
  2. Auditing dari Luar (WWF, JAS Sarawak dll )
  3. Kem Kelab
  4. Lawatan
  5. Kempen Alam Sekitar
  6. Benchmarking ke mana - mana IPG di Malaysia yang menjalankan eco-institute.
  7. Gotong-royong Bulanan Peringkat IPG.









* gambar diperolehi daripada google

Dari Admin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah , berkat kerjasama dari semua, kini Kelab Alam Sekitar IPGKBL sudah mempunyai asasnya yang kukuh dan mula mengorat langkah sedikit demi sedikit dalam mencapai tujuan penubuhannya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha kami ini.
Diharapkan agar usaha kami ini mendapat sokongan yang berterusan bukan setakat hanya tertumpu kepada warga IPG Kampus Batu Lintang mahupun warga guru pelatih sahaja bahkan kepada semua lapisan masyarakat.



' Together We Sustain Our Earth '

Saturday 25 June 2011

under construction =)



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Terima kasih atas kunjungan anda. Untuk pengetahuan, blog ini masih dibawah pengubahsuaian sehingga suatu masa yang akan diberitahu kelak melalui page facebook kami iaitu Kelab Alam Sekitar IPGKBL.

Jangan lupa nyatakan sokongan anda kepada usaha kami dengan menekan butang 'like' pada page tersebut mahupun dengan menjadi follower blog ini.

'TOGETHER WE SUSTAIN OUR EARTH'