Thursday, 21 July 2011

Sekitar Lensa Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula






Tuan Hj Hambali menekan butang pada ipad sambil diperhatikan pensyarah penasihat dan barisan majlis tertinggi KAS sebagai simbolik kepada pelancaran penubuhan kelab.

Pengarah IPGKBL , Tuan Haji Hambali dan Timbalan Pengarah IPGKBL, Puan Hamsiah menanam anak pokok sambil diperhatikan guru penasihat Kelab Alam Sekitar IPGKBL, En Murugan sebagai satu simbolik kepada pelancaran kempen 'go green' 



alhamdulillah, acara perasmian dan pelancaran berjalan lancar >_<

Penyampaian cenderahati kepada Puan Hamsiah oleh En Murugan sambil diperhatikan pengerusi KAS iaitu Datu Farid

Penyampaian cenderahati oleh En Murugan kepada Pengarah, Tuan Hj Hambali.
Barisan Majlis Tertinggi KAS bersama pensyarah penasihat iaitu En Murugan dan juga Dr. Tiwi  bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah dan juga Timbalan Pengarah sebaik sahaja usai agenda pada hari tersebut.

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN KELAB ALAM SEKITAR IPG KAMPUS BATU LINTANG


            Pada 8 Julai 2011, JawatanKuasa Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan majlis pelancaran Kelab Alam Sekitar IPGKBL. Majlis ini telah dirasmikan di Auditorium Tun Zaidi Adruce oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan.

            Majlis pelancaran Kelab Alam Sekitar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga IPG Kampus Batu Lintang tentang kewujudan Kelab Alam Sekitar di IPG ini, seterusnya bagi mendapatkan sambutan daripada warga institut bagi menjayakan  setiap aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang.

            Bersempena dengan motto Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang iaitu “Together We Sustain Our Earth”, acara simbolik pelancaran kelab ini jalankan dengan mengadakan acara menanam pokok bunga. Acara penanaman pokok bunga yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKBL dengan diiringi oleh Pensyarah penasihat Kelab Alam Sekitar, En. Murugan A/L Mini Ratamun serta pengerusi Kelab Alam Sekitar, Saudara Datu Muhammad Farid Bin Datu Liman adalah bagi melambang usaha atau langkah  warga IPG Kampus Batu Lintang untuk melestarikan bumi khususnya kawasan kampus.




Being Green

What does it mean to be green? "Green" is more than just a color. It also means taking special steps to protect the environment — the water, the land, and the air we breathe. Why green? Plants are green, and without them the Earth wouldn't be such a lovely home for us human beings.



Every day, people make choices that affect the amount of trash and pollution that gets produced in our world. What can you do? A whole lot, actually. Here's a four-step guide to being green:
  1. Reduce the amount of stuff you use and throw away.
  2. Reuse stuff when you can.
  3. Recycle cans, bottles, paper, books, and even toys.
  4. Enjoy the Earth — walk in the woods, plant a tree, and eat some of the delicious food it produces.

Reduce It!


When you use less of something, you do a good thing for the Earth. For instance, a shorter shower means you used less water and less fuel since your house uses fuel to run the water heater that warmed up the water.
Here's a list of other stuff you can reduce:
  • Turn off lights you're not using. Better yet, encourage your parents to switch to compact fluorescent light bulbs. They last longer and use less energy. They do need to be disposed of properly, though, so make sure your mom or dad helps if one breaks.
  • Turn off the water when you're brushing your teeth.
  • When you can, walk or ride your bike instead of driving in the car. You'll use less gas — and get some exercise!
  • Unplug the chargers for your phone and MP3 player when you're not using them.
  • Put your computer to "sleep" instead of leaving it on with the screensaver running.
  • Reuse It!
  • Sometimes people call ours a "throwaway society." That means that we're a little too willing to throw away old stuff and buy new stuff. Many times, even if you no longer need something, someone else just might. For instance, if your baby brother outgrows his plastic basketball hoop, why not give it to another family who has a little kid? That's one less plastic basketball set that they need to buy. It's also one less large plastic toy that needs to be produced, packaged, and shipped to the toy store.
    Here are some additional ways to reuse the stuff you have:
    • Use rechargeable batteries for your handheld computer games, MP3 players, cell phones, and digital cameras.
    • Choose reusable travel cups instead of disposable paper or plastic cups.
    • Take your own bags — preferably reusable ones — when you go to the grocery store.
    • Drink tap water instead of buying bottled water. If you don't like how your tap water tastes, a low-cost filtration system could make a difference. Get a reusable water bottle so you can take it with you.
    • Organize a swap among your friends. What can you swap? Books, toys, even clothes. It's a way for everyone to get something new without spending any money and without throwing a bunch of stuff away. Set aside some items for your swap when you're cleaning your room!
    • Take paper from your computer printouts and use the other side for more computer printing or just to draw or doodle on.
Recycle It

Recycling has never been easier. Many communities will pick it up right in front of your house and some towns even require it. Tell your mom or dad you want to become "Chief of Recycling" for your household. That means you'll organize the recyclable items in bins, remember to put them on the curb on recycling day, and help remind others which items can be rinsed and recycled.
By separating plastic bottles, cans, bottles, and more, you're reducing the amount of trash that goes to the landfill. What's a landfill? A big mountain of trash, where all the trash trucks go to dump their loads. Recycled goods go instead to a recycling center, where they can be crushed, broken down, and later turned into new cans, bottles, and paper.
What else can be recycled? Sometimes water can be. For instance, some communities take used water — like from the washing machine and shower — and clean it up so it's safe to use for watering the grass and flowers.

Enjoy It!

It's true that trash and pollution are problems, but the Earth remains a huge and glorious place that's ready for you to explore. You can start locally by visiting the naturally beautiful spots in your city and state. Go for a hike, visit local nature centers and gardens, climb up mountains, and explore lazy creeks.
Experience the outdoors in all sorts of weather — from a sunny day at the beach or lake to a wintry adventure when it snows. And if you're planning a family vacation, suggest a trip to a national treasure, such as the Grand Canyon, Yellowstone Park, or Chincoteague Island to roam with the wild ponies.
But before you travel the globe, take a look at your own backyard. Is there a spot where you could plant a tree or put in a little fruit or vegetable garden? If so, get out there and get your hands dirty. Then you can watch with pride as your tree takes root and your garden plants grow from sprigs to big plants full of ripe, red tomatoes or tiny, succulent blueberries. Who knew being green would taste so good?
Reviewed by: Mary L. Gavin, MD
Date reviewed: March 2010

Thursday, 7 July 2011

Tips Kitar Semula

  1. Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam. 
  2. Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit.
  3. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebih dari satu jam.
  4. Gunakan e-mail untuk menghantar memo atau notis.  
  5. Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat/kediaman anda. 
  6. Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.  
  7. Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan. 
  8. Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.  
  9. Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.  
  10. Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan keduadua belah bahagian kertas untuk mencetak.  
  11. Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.  
  12. Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja/isi rumah anda untuk membuang semua barang-barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.  
  13. Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik  
  14. Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.  
  15. Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat.  
  16. Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal menggunakannya semula.  
  17.  Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula. 
  18. Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.  
  19. Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama. 

Amalan Kitar Semula #1


FAKTA 1

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2

Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3

18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

FAKTA 5

Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam



Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa Berbelanja Di Pasar:

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan

Wednesday, 29 June 2011

Laporan Aktiviti Kitar Semula

Pada 30 April 2011 yang lalu, Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar JPP Sesi 2011/2012. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama.

Sebelum gotong-royong dimulakan, sebuah taklimat kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid al-Muallimin. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Warden, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh saudara Fong Jia Jinn selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle, Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama Kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej-kolej kediaman akan kewujudan kelab dan perjalanan aktiviti Kitar Semula ini.

Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang berhadapan dengan sinki di blok KKWA dan di ruang legar blok KKWB dan KKWC. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan guru-guru pelatih meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab dua hari selepas gotong-royong dijalankan.

Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Institusi Warden IPG Kampus Batu Lintang dan guru-guru pelatih yang telah memilih untuk mengitar semula barang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa-masa akan datang.



Monday, 27 June 2011

Aktiviti Yang Akan Dilaksanakan

  • Aktiviti Berpanjangan/ Tetap

  • 1. Program Kitar Semula 



  •  Kertas terpakai



  • Besi dan Aluminium



  • Plastik dan Kaca

2. Penjimatan Tenaga Elektrik ( Mengikut tempoh masa dan tarikh tertentu ).






  • Aktiviti Pendek/ Bertarikh
  1. Majlis Perasmian Kelab
  2. Auditing dari Luar (WWF, JAS Sarawak dll )
  3. Kem Kelab
  4. Lawatan
  5. Kempen Alam Sekitar
  6. Benchmarking ke mana - mana IPG di Malaysia yang menjalankan eco-institute.
  7. Gotong-royong Bulanan Peringkat IPG.









* gambar diperolehi daripada google

Dari Admin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah , berkat kerjasama dari semua, kini Kelab Alam Sekitar IPGKBL sudah mempunyai asasnya yang kukuh dan mula mengorat langkah sedikit demi sedikit dalam mencapai tujuan penubuhannya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha kami ini.
Diharapkan agar usaha kami ini mendapat sokongan yang berterusan bukan setakat hanya tertumpu kepada warga IPG Kampus Batu Lintang mahupun warga guru pelatih sahaja bahkan kepada semua lapisan masyarakat.



' Together We Sustain Our Earth '

Saturday, 25 June 2011

under construction =)



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Terima kasih atas kunjungan anda. Untuk pengetahuan, blog ini masih dibawah pengubahsuaian sehingga suatu masa yang akan diberitahu kelak melalui page facebook kami iaitu Kelab Alam Sekitar IPGKBL.

Jangan lupa nyatakan sokongan anda kepada usaha kami dengan menekan butang 'like' pada page tersebut mahupun dengan menjadi follower blog ini.

'TOGETHER WE SUSTAIN OUR EARTH'