Mengenai Kami

1.0  PENGENALAN
           Dewasa ini kita sering mendengar akan isu-isu alam sekitar yang kurang dititikberatkan oleh masyarakat. Sungguhpun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah alam sekitar, namun sehingga kini masalah tersebut masih lagi berlarutan. Sebagai contoh, sampah sarap dibuang di merata tempat dan tong-tong sampah yang telah disediakan tidak digunakan sebaiknya.Sehubungan dengan itu, Kelab Alam Sekitar IPGKBL telah mengambil suatu inisiatif dengan mewujudkan program kitar semula secara besar-besaran dalam kalangan warga guru pelatih. Hal ini demikian kerana, sebagai suatu landasan terbaik bagi memupuk kesedaran betapa pentingnya amalan kitar semula dalam kalangan warga guru pelatih. Justeru itu, dengan adanya program seumpama ini diharap akan dapat melahirkan guru-guru pelatih di IPGKBL yang peka akan isu kitar semula dan seterusnya akan dapat bersama-sama menjayakan program tersebut. Di samping itu, kita juga memfokuskan bukan sahaja kitar semula sebagai langkah untuk memnguruskan masalah eko-sistem malah kita juga akan memikirkan mengenai cara untuk kita mengindahkan lagi eko-sistem yang sedia ada dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah tersebut dan cuba sedaya upaya untuk mewujudkan Kampus dalam taman.

2.0  OBJEKTIF
2.1  Untuk memelihara ruang hidup manusia yang semakin mengecil ruangnya disebabkan pembangunan negara.
2.2  Untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih.
2.3  Untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2.4  Manusia akan dapat menjimatkan kos iaitu jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan dan pengurusan bahan-bahan terbuang.
2.5  Dapat menjimatkan sumber yang semakin terhad seperti kayu untuk membuat kertas.

3.0  RASIONAL
3.1 Pelajar harus didedahkan kepada pengetahuan menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada.
3.2 Setiap pelajar harus memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar.

4.0  MISI
4.1  Mewujudkan guru pelatih IPGKBL yang mencintai alam sekitar.
4.2  Membentuk IPGKBL ke arah IPG di dalam taman.
4.3  Mewujudkan warga IPGKBL yang peka terhadap isu-isu alam sekitar.
4.4  Mengamalkan budaya tanpa tong sampah.

5.0  VISI
5.1  Melestarikan IPGKBL menjelang tahun 2013

6.0  TEMPAT/LOKASI
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching, Sarawak.

7.0  KUMPULAN SASARAN
  • Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. 

            Secara tuntasnya, warga IPGKBL seharusnya memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama bagi menjayakan program kitar semula yang dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar. Melaluinya, program ini secara tidak langsung akan dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan baharu seterusnya akan dapat menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.