Thursday 21 July 2011

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN KELAB ALAM SEKITAR IPG KAMPUS BATU LINTANG


            Pada 8 Julai 2011, JawatanKuasa Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan majlis pelancaran Kelab Alam Sekitar IPGKBL. Majlis ini telah dirasmikan di Auditorium Tun Zaidi Adruce oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan.

            Majlis pelancaran Kelab Alam Sekitar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga IPG Kampus Batu Lintang tentang kewujudan Kelab Alam Sekitar di IPG ini, seterusnya bagi mendapatkan sambutan daripada warga institut bagi menjayakan  setiap aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang.

            Bersempena dengan motto Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang iaitu “Together We Sustain Our Earth”, acara simbolik pelancaran kelab ini jalankan dengan mengadakan acara menanam pokok bunga. Acara penanaman pokok bunga yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKBL dengan diiringi oleh Pensyarah penasihat Kelab Alam Sekitar, En. Murugan A/L Mini Ratamun serta pengerusi Kelab Alam Sekitar, Saudara Datu Muhammad Farid Bin Datu Liman adalah bagi melambang usaha atau langkah  warga IPG Kampus Batu Lintang untuk melestarikan bumi khususnya kawasan kampus.




No comments:

Post a Comment